Seperti Pesawat Dikendalikan Oleh Awak, Hati Mengendalikan Kehidupan |
Banyak orang yang mempersalahkan orang lain, menyalahkan keadaan, dan membuat dalih untuk membenarkan diri sendiri kerana hidupnya gagal, tujuannya tidak tercapai, hidupnya tidak sesuai yang diharapkan.
Sesungguhnya hati kitalah yang menentukan nasib kita. Ungkapan yang menggambarkan bahawa apa yang ada dalam hati manusia itulah yang menentukan nasibnya, tidak keliru.
Sebab jika hati kita baik, maka baik pula jalan hidup kita. Jika hati kita jahat maka jahat pula jalan hidup kita.
Contohnya jika kita baik, murah hati terhadap orang lain maka pertolongan dan bantuan dari siapa saja akan melimpah dalam hidup kita, bukankah hal ini mempengaruhi keberhasilan kita.
Seharusnya kita tahu dan sedar bahawa hal yang baik dan buruk itu bukan berasal dari siapa-siapa tetapi dari kita sendiri. Itulah sebabnya firman Tuhan berkata berbahagialah orang yang murah hatinya karena mereka akan beroleh kemurahan. Murah hati bersumber pada hati manusia yang sudah diperbaharui, sedangkan kemurahan bersumber dari Bapa yang tidak terbatas.
_Kerana itu, sebagai orang percaya mari kita menjaga hati. Jangan lagi kita menjadi orang-orang yang mudah menyalahkan orang lain, menyalahkan keadaan dan membenarkan diri terus menerus. Sedarlah bahawa jalan hidup kita ditentukan oleh sikap hati kita sendiri.
_Mari kita memeriksa keadaan hati kita, sebab dari sanalah bersumber segala sesuatu yang terjadi dalam hidup kita.
Mari kita belajar menjadi orang-orang yang murah hati untuk membantu orang lain, sebab orang-orang yang murah hati mendatangkan berkat bagi diri sendiri. Ingatlah bahawa Tuhan kita mampu membuat siapa saja untuk dapat memberkati kita.
"Berbahagialah orang yang murah hatinya, kerana mereka akan beroleh kemurahan."
(Matius 5: 7)_ Amen!
*TUHAN YESUS MEMBERKATI*_
##EliazerWakman
No comments
Post a Comment